Tuesday, July 15, 2008

Kesihatan Lelaki - Andropos

Andropos adalah penurunan hormon androgen dikalangan lelaki apabila memasuki gerbang usia 40 hingga 55 tahun. Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos kecuali, ia berlaku secara perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopos.

Jika anda merasa perubahan seperti dibawah, anda mungkin mengalami andropos:

Masalah ketegangan zakar
Nafsu sex rendah
Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
Masalah tidur
Bulu-bulu tubuh berkurang
Saiz dan kekuatan otot berkurang
Peningkatan lemak tubuh
Hilang daya ingatan
Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
Daya tumpuan yang lemah

Analisa Pasaran yang di buat oleh Pfizer keatas Lelaki di Malaysia.
Pada umur apakah anda mula mengalami masalah mati pucuk (ED)?
Umur 30 tahun ke bawah 21%
Antara umur 30 hingga 40 tahun 28%
Antara umur 40 hingga 50 tahun 23%
Umur 50 tahun ke atas 28%

Mengikut lapuran Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, yang di lapurkan oleh suratkhabar New Sunday Times pada 1hb Jun 2008, ED biasanya akan mendahului penyakit jantung. Dalam lapuran kedua, yang di buat oleh penyelidik Hong Kong, 58% pengidap ED besar kemungkinan mati akibat penyakit jantung atau lain-lain penyakit kardium. ED adalah penunjuk awal kerosakan pembuluh darah akibat kencing manis dan faktor risiko bagi penyakit jantung sepeti tekanan darah tinggi.
Amaran bagi kaum lelaki supaya lebih mengambil berat tentang kesihatan mereka kerana kehilangan / kematian mereka akan membawa sengsara yang lebih kepada keluarga.

No comments: