
Tahukah anda:
1. Wanita hidup lebih lama daripada lelaki?
Jangka hayat bagi lelaki Malaysia dalam tahun 2008 adalah 70.32 tahun berbanding dengan wanita iaitu 75.94 tahun. Pada tahun 2010, ia dianggarkan akan menjadi 71.5 tahun bagi lelaki dan 76.3 tahun bagi wanita. Fenomena ini adalah sama di seluruh dunia. Di Amerika, nisbahnya adalah purata 74.4 tahun bagi lelaki dan 79.8 bagi wanita. Pada 1920an, jangka hayat lelaki adalah lebih panjang daripada wanita sebanyak setahun.
2. Lelaki mempunyai kadar kematian jauh lebih tinggi daripada wanita?
Kadar kematian akibat 10 jenis punca kematian tertinggi adalah lelaki. Lelaki mati akibat penyakit-penyakit jantung, strok, barah, kencing manis dan penyakit-penyakit lain adalah jauh lebih tinggi dan umur yang semakin muda!
Jika usia diambil kira, kadar kematian lelaki atas sebab penyakit-penyakit jantung adalah 2 kali ganda berbanding dengan wanita. Lelaki yang mati akibat barah adalah 40% lebih tinggi berbanding dengan wanita. Apabila berusia 75, lelaki yang mati akibat barah adalah 2 kali ganda berbanding dengan wanita.
3. Lelaki rasa ‘malu dan liat’ berjumpa doctor?
Ini mungkin kerana lelaki semasa membesar telah diajar supaya menahan sakit seperti seorang lelaki tulin, kerja lebih kuat dan menanggung penderitaan dengan cekal. Nisbah lelaki berjumpa doktor adalah 25% berbanding dengan wanita.
4. Wanita lebih mengambil berat mengenai kesihatan?
Olehkerana wanita biasa berjumpa doktor kerana hamil ataupun terpaksa mengetahui lebih tentang haid semasa kecil lagi.
5. Lelaki kurang faham kesihatan diri sendiri?
Kebanyakan lelaki tidak tahu apakah dia “andropos”. Mereka yang pernah dengar andropos tidak faham mengapa ditimpa andropos awal.
6. Makanan harian kami penuh dengan hormon wanita?
Supaya binatang-binatang ternakan cepat membesar dan lebih gemuk, mereka di beri estrogen sejenis hormon seks yang merangsang perubahan pada organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder pada mamalia betina!
7. Hipertensi, kolesterol tinggi, triglycerides tinggi, diabetes, tidak bersenaman, merokok, obes dan murung adalah petanda awal kemungkinan mengidap mati pucuk?
8. Kerisauan, kemurungan, tekanan jiwa dan pencemaran persekitaran akan menurunkan hormon lelaki?
Kekurangan testosteron bukan sahaja akan mengakibatkan mati pucuk tetapi juga memiliki kaitan dengan sindrom metabolik iaitu, sekumpulan risiko yang menyebabkan masalah jantung, obesiti, diabetes, lemah tulang dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment